24 𝘚𝘦𝘱𝘵𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025 – Alhamdulillah, pada hari pendaftaran pelajar baharu USIM sesi 2025/2026, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menyalurkan bantuan kewangan kepada dua (2) orang mahasiswa dari golongan berpendapatan rendah (B40), sebagai tanda keprihatinan dan sokongan universiti terhadap kesejahteraan mereka.
Bantuan ini disampaikan dalam satu sesi khas yang turut dihadiri oleh Naib Canselor dan TNCHEPA USIM serta ahli keluarga mereka. Para penerima ini merupakan mahasiswa daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). USIM dan PWZ komited untuk terus memberikan sokongan kepada semua mahasiswa terutamanya golongan yang memerlukan, agar tiada seorang pun yang tercicir dalam mengejar cita-cita dan kecemerlangan akademik.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta menjadi dorongan kepada mahasiswa untuk terus gigih mencapai kejayaan di universiti.