27 𝘚𝘦𝘱𝘵𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025 – Sempena sesi Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda 2025/2026, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah membuka booth pada Pameran HEPA di Dewan Tuanku Canselor USIM untuk memberikan penerangan serta maklumat berkaitan pelbagai bantuan yang disediakan kepada pelajar baharu.
Pelajar berpeluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelbagai jenis bantuan, antaranya permohonan zakat, bantuan kemudahan, perubatan dan lain-lain yang disediakan sepanjang tempoh pengajian mereka di USIM.