13 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2025 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menyerahkan Bantuan Awal Pengajian kepada seorang pelajar daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sebagai tanda keprihatinan dalam menyokong keperluan awal pelajar memulakan sesi pengajian baharu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha PWZ untuk memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara serta membantu mereka menempuh kehidupan kampus dengan lebih tenang dan sejahtera.
PWZ USIM terus komited menjadi pemangkin dalam pembangunan kebajikan pelajar melalui pelbagai skim bantuan, dana infaq dan agihan zakat yang dilaksanakan secara berterusan.