𝑺𝑬𝑹𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵 – Pada 16 Oktober 2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Seremban bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Delegasi USIM diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat, serta Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat.
Pihak TH Negeri Sembilan diwakili oleh YBrs. Haji Rozimin Ahamed Kamil, Pengarah Wilayah Selatan bersama YBrs. Haji Yazid Ahmad, Pengarah TH Negeri Sembilan.
Kunjungan ini merupakan usaha berterusan bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara USIM dan Tabung Haji demi manfaat bersama.