23 π‘Άπ’Œπ’•π’π’ƒπ’†π’“ 2025 – Program Jerayawara Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mengorak langkah sulung bagi tahun 2025 dengan sesi pertama yang diadakan bersama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bertempat di Bilik Mesyuarat FKP, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara PWZ dan fakulti dalam usaha memperkasakan agenda universiti, di samping menjadi platform sesi dua hala bagi perkongsian idea dan pandangan ke arah penambahbaikan bersama.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Dekan FKP, barisan pengurusan fakulti serta semua yang terlibat atas dedikasi dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kejayaan program ini.

Semoga inisiatif ini menjadi wadah mempererat ukhuwah dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga USIM.