SEREMBAN โ Pada 28 November 2025, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghadiri jemputan Program โTH Premier Circle @ NisMilanโ anjuran Tabung Haji (TH) Negeri Sembilan sebagai rakan strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi.
Program ini dianjurkan bagi mengiktiraf dan menghargai sokongan berterusan para pendeposit serta rakan strategik TH, di samping menjadi platform untuk memupuk hubungan yang lebih erat dan mesra dalam usaha memperkukuh ekonomi serta kebajikan ummah di Negeri Sembilan.
Delegasi PWZ USIM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ, bersama Prof. Madya Dr. Nur Ainna Ramli, Timbalan Pengarah PWZ, serta dua orang Penolong Pendaftar PWZ. Penyertaan ini menzahirkan komitmen PWZ USIM dalam memperkukuh jaringan strategik bersama Tabung Haji, seterusnya menyokong agenda pembangunan komuniti warga USIM khususnya pelajar.