𝘗𝘢𝘥𝘢 31 𝘑𝘢𝘯𝘶𝘢𝘳𝘪 – 2 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bengkel Halatuju dan Pelan Strategik PWZ 2026 dalam memperkasa tadbir urus organisasi melalui penstrukturan semula portfolio.
Bengkel ini menjadi platform penting dalam merangka halatuju dan pelan tindakan PWZ bagi tahun 2026 agar lebih menyeluruh, khususnya melibatkan portfolio zakat, wakaf, infaq dan endowmen. Pelaksanaan strategi yang komprehensif telah membantu mengenal pasti keperluan dan halatuju organisasi secara lebih jelas, seterusnya menyokong perancangan tindakan strategik yang lebih berfokus dan berkesan.
Pengstrukturan rasmi ini mencerminkan komitmen berterusan PWZ USIM dalam meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan pelaksanaan amanah zakat dan wakaf dilaksanakan secara lebih sistematik dan mampan bagi manfaat warga USIM.