Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan booth Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM sepanjang berlangsungnya 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke booth PWZ bagi mendapatkan maklumat, membuat kemaskini berkaitan zakat, potongan gaji serta berkongsi pandangan dan sokongan sepanjang program berlangsung 🤝
Semoga segala usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada warga USIM dan masyarakat secara keseluruhannya 🌱
Tidak lupa juga penghargaan kepada semua urus setia, petugas serta pihak penganjur yang telah menjayakan festival ini dengan baik.
💚 Semoga segala kebaikan dan sumbangan anda dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.