Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐨𝐬𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 pada 18 Mei 2026 bertempat di Lobi FPSK, FEM dan FPBU.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM.

Sebanyak 13 unit kiosk pelajar telah diagihkan kepada fakulti, Pusat Tamhidi dan Pusat Perumahan Pelajar untuk pemerkasaan keusahawanan pelajar melalui penyediaan kemudahan kiosk yang lebih kondusif dan bermanfaat. Kiosk ini merupakan tajaan daripada IFEA – International Future of Education Association (IFEA), yang bernilai RM22,000 💚

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nur Ainna Binti Ramli, Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM serta Puan Nurul Husna Binti Annuar, Penolong Pendaftar PWZ bersama warga kerja PWZ yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Turut hadir mewakili pihak IFEA ialah Ms. Chloe Chong – Association Secretary, International Future of Education Association merangkap Director of IFEA (M) Sdn. Bhd. bersama wakil-wakil IFEA yang lain sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan dan pemerkasaan agenda keusahawanan mahasiswa USIM 🤝

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.