𝐊𝐄𝐏𝐎𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 | 𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Program Ziarah Kasih kepada Bakal Pelajar Kemasukan Semester Sesi Akademik 2026/2027 diteruskan dengan kunjungan ke kediaman keluarga Rozhatul Akmal binti Abu Bakar, bakal mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM di Kepong, Selangor.

Kunjungan ini disertai oleh Pengarah PWZ, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah; Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), En. Md Ishah Rahman; serta Timbalan Dekan HEPA FSU, Dr. Mohd Nisar.

Sebagai tanda sokongan kepada persediaan awal pengajian, Yayasan Perkasa Siswa (YPS) turut menyampaikan Bantuan Awal Pengajian Tinggi sebanyak RM1,000, manakala PWZ USIM menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM500.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWZ USIM dalam menyantuni bakal mahasiswa yang memerlukan serta memastikan cabaran kewangan tidak menjadi penghalang untuk mereka mengejar cita-cita dan melangkah ke alam pengajian tinggi.