π‘΅π’Šπ’π’‚π’Š, 11 π‘Ίπ’†π’‘π’•π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2026 – Sesi Simbolik Penyerahan Sumbangan Program MAINSCare IPT telah berlangsung bersempena Majlis Perhimpunan Khas Warga USIM Bersama Naib Canselor dan Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM).

Sumbangan berjumlah RM758,000 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ini merupakan inisiatif penyaluran dana fidyah melalui pelaksanaan program tajaan makanan kepada pelajar asnaf dan golongan B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di Negeri Sembilan. Bagi USIM, penerima yang terdiri daripada pelajar asnaf fakir, miskin dan golongan B40 akan dikenal pasti oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM.

Sesi simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Norazman bin Amat, Pengarah, Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS, dan disaksikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan makanan mahasiswa yang memerlukan, di samping memastikan manfaat dana fidyah disalurkan kepada golongan yang layak.

Penyertaan PWZ USIM dalam pelaksanaan MAINSCare IPT turut mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh kebajikan mahasiswa serta hubungan kerjasama strategik bersama MAINS.