π΅ππππ, 11 πΊππππππππ 2026 β Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan sesi simbolik penawaran Anugerah Biasiswa Barakah kepada Muhammad Zamratur Rahman bin Yussri, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat USIM yang berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM).
Anugerah Biasiswa Barakah ini merupakan bantuan daripada dana zakat PWZ bagi membantu pelajar yang berkeperluan meneruskan pengajian. Bantuan yang ditawarkan merangkumi bayaran yuran pengajian tertunggak serta elaun sara hidup bulanan.
Penawaran bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan pelajar serta membantu beliau meneruskan pengajian dengan lebih baik. Inisiatif ini turut mencerminkan usaha berterusan PWZ dalam menyalurkan dana zakat bagi memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan mahasiswa USIM.
