𝑵𝒊𝒍𝒂𝒊, 29 September 2026 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi mengadakan perbincangan khas berkaitan zakat bersama Naib Canselor USIM.
Kunjungan tersebut turut menjadi platform perbincangan mengenai perkara berkaitan perjanjian zakat antara MAINS dan USIM, termasuk penyelarasan kandungan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjasama pengurusan zakat antara kedua-dua pihak.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen MAINS dan USIM dalam memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan urusan berkaitan zakat dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
