𝑪𝒚𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂, 6 Oktober 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan Gerobok Rezeki daripada Yayasan PEKEMA dalam Majlis Serahan Sumbangan Gerobok Rezeki kepada sembilan buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berlangsung di Ibu Pejabat PEKEMA, Cyberjaya.

Sumbangan berjumlah RM20,000 tersebut diserahkan oleh Pengerusi Yayasan PEKEMA, YBhg. Datuk Hj. Mohamed Nazari Nordin kepada sembilan IPTA terpilih termasuk USIM yang diwakili oleh Pengarah PWZ, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Yayasan PEKEMA dalam menyokong kebajikan mahasiswa di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak industri, badan kebajikan dan institusi pendidikan tinggi.