𝐏𝐖𝐙 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝟕𝐓𝐇 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄
𝑵𝒊𝒍𝒂𝒊, 7 Oktober 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menyokong penganjuran 7th USIM International Health Conference yang berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2026 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM.
PWZ USIM terlibat sebagai Gold Sponsor bagi persidangan tersebut dan turut membuka ruang pameran di lobi FPSK bagi memperkenalkan peranan, instrumen serta inisiatif PWZ kepada para peserta dan warga USIM.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen PWZ USIM dalam menyokong program universiti serta memperluas keterlihatan peranan PWZ dalam kalangan warga USIM dan komuniti akademik.
