30 Januari 2018 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) di Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kaunter PWZ telah dibuka di Lobi Canselori USIM sepanjang hari tersebut, tujuan HBP ini diadakan untuk membuka peluang kepada staf – staf USIM yang menjadi penyumbang wakaf  kepada universiti.

PWZ juga telah menyediakan khidmat pengiraan zakat kepada staf – staf USIM serta cara kiraan sebenar bagi zakat, Pengarah PWZ Prof. Madya Dr. Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail dan 2 orang penyelaras PWZ Prof. Madya Dr. Fuadah Binti Johari dan Dr. Aunurrochim Bin Mas’ad Saleh turut bersama – sama turun padang memberikan penerangan kepada staf – staf USIM berkenaan masalah dan kekeliruan berkenaan zakat dan wakaf. Respon yang baik telah diberikan pengunjung apabila ramai dikalangan mereka telah mendapat kefahaman dan maklumat wakaf dan zakat. HBP PWZ dimeriahkan lagi apabila mantan Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail yang kebetulan bermesyuarat di USIM juga berkesempatan singgah di kaunter PWZ.