11 Oktober 2019 –  Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) memberikan taklimat wakaf dan zakat kepada staf USIM di Jabatan Bendahari. Alhamdulillah respon yang baik dari staf Jabatan Bendahari apabila lebih kurang 14 orang staf Jabatan Bendahari yang berwakaf dan berzakat melalui potongan gaji. PWZ juga menyediakan khidmat kiraan zakat kepada staf Jabatan Bendahari dan membuka peluang soal jawab berkenaan wakaf dan zakat.

 

PWZ mengucapkan terima kasih kepada semua staf Jabatan Bendahari kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar taklimat dari PWZ. Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua.