Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Wakaf dan Zakat USIM dipilih sebagai penerima Anugerah Sumbangsih sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM (AKSIS) 2022/2023 pada 23 Januari 2024 yang lalu.

Terima kasih diucapkan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar kerana memberi pengiktirafan terhadap sumbangan Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Semoga dengan anugerah ini akan menyuntikkan lagi semangat kepada kami.