Klinik Pakar Kesihatan Dan Pergigian USIM

/Klinik Pakar Kesihatan Dan Pergigian USIM
Klinik Pakar Kesihatan Dan Pergigian USIM 2018-03-26T14:44:29+00:00

Berasaskan kepada keperluan asas kesihatan pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) merencanakan satu penawaran perkhidmatan kesihatan kepakaran dengan jangkauan dan akses kepada seluruh penduduk dalam Negeri Sembilan terutama kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. Klinik Pakar Kesihatan USIM merangkumi Pusat Hemodialisis. Klinik Pakar Kesihatan USIM telah mula beroperasi pada tahun 2015. Antara objektif penubuhan Klinik Pakar Kesihatan USIM ialah:

  1. Menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan, kepakaran pergigian dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat di sekitar bandar Nilai secara khususnya dan Negeri Sembilan secara amnya.
  2. Menawarkan perkhidmatan kesihatan kepakaran bergerak yang mencapai keseluruhan golongan masyarakat dalam Negeri Sembilan terutamanya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan golongan kurang bernasib baik (asnaf bantuan).
  3. Menawarkan perkhidmatan kepakaran yang holistik dan kesejahteraan (wellness) serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan prinsip dan nilai Islam serta patuh syariah.
  4. Menawarkan perkhidmatan perundingan dan pendidikan kesihatan serta kaunseling kesihatan keagamaan yang bertujuan bagi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan ummah.

Kemudahan Klinik Pakar Kesihatan USIM