Asnaf Zakat

/Asnaf Zakat
Asnaf Zakat 2018-07-06T10:40:09+00:00

Asnaf (Golongan Penerima Zakat)

Menurut Pusat Zakat Negeri Sembilan  terdapat 8 golongan asnaf yang layak mendapat agihan zakat. Golongan tersebut ialah :

Orang Islam yang tiada harta atau sumber kewangan atau pendapatan dan harta yang ada tidak mencapai 50% daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Orang Islam yang mempunyai harta atau sumber kewangan yang boleh menampung lebih 50% keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha, aktiviti atau program yang mempunyai tujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah s.w.t

Merupakan pihak yang beragama Islam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi mewakilkan DYMM untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan zakat  sama ada kutipan atau agihan.

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu dibawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadikan hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang bagi memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada kemampuan untuk membayarnya.

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang  kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak dengan syarat:

  1. Putus bekalan dalam perjalanan
  2. Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan
  3. Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan
  4. Ditinggalkan dalam perjalanan.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan memberi bantuan kepada 4 asnaf sahaja iaitu fakir, miskin, amil dan fisabilillah.