USIM SEBAGAI MUTAWALLI

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah melantik USIM sebagai Mutawalli. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1) Perlantikan Mutawalli
MAINS telah bersetuju melantik USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf Abrar USIM dengan bidang tugas seperti di bawah seksyen 33(a) dan (b).

33. (1) Majlis, atas nasihat Panel Penasihat, boleh:

(a)  Melantik mana-mana orang yang dianggap dengan munasabah oleh Majlis sebagai kompeten dan berkelayakan untuk menguruskan dan membangunkan mana-mana mawquf, termasuk menguruskan pelaburan mana-mana mawquf.
(b) Melantik mana-mana orang yang dianggap dengan munasabah oleh Majlis sebagai kompeten dan berkelayakan untuk menguruskan manafaat, faedah atau keuntungan mana-mana mawquf demi kepentingan mawquf-alaihnya:
Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 (Surat MAINS kepada USIM: KEW/BAIT-NS 400-5/16Jld.9 (2), 22 Julai 2013).

2) Pelaporan kutipan, agihan dan hasil wakaf
Laporan pengurusan pentadbiran dan kewangan Dana Wakaf Abrar USIM perlu dihantar kepada Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan Sdn. Bhd. secara berkala bagi tujuan perekodan Kumpulan Wang Wakaf MAINS.