Manfaat wakaf pada umumnya adalah untuk kepentingan bersama dan untuk kemaslahatan ummat.

Sumber dana wakaf tunai yang diperolehi adalah melalui kutipan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) yang dikelolakan sendiri oleh PWZ dan disalurkan ke dalam Tabung Dana Wakaf Al-Abrar USIM.

USIM telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti iaitu Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Dana Wakaf Al-Abrar USIM ini berdaftar dan diluluskan oleh MAINS. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

USIM telah mendapat kelulusan daripada MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf. Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawallipertama USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf. Kedua, mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan oleh wakif.

Hanya penyumbang zakat sahaja yang mendapat pengecualian cukai.

Boleh, orang bukan Islam juga boleh berwakaf.

Antaranya wakaf yang telah dilakukan oleh sahabat Rasulullah s.a.w ialah :

1.Kebun Saidina Umar Al-Khattab

Saidina Umar Al-Khattab telah mendapat sebidang tanah di daerah Khaibar, Madinah dan elah mewakafkannya  atas seruan  Baginda Rasulullah s.a.w. Manfaat tanah tersebut telah diwakafkan kepada fakir miskin, kaum, kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah,ibnissabil dan tetamu.

2. Telaga Wakaf  Saidina Uthman bin Affan

Harga air menjadi mahal akibat permintaan tinggi semasa berlakunya penghijrahan beramai-ramai ke Kota Madinah.  Terdapat sebuah telaga yang bernama Rawmah milik lelaki yahui daripada Bani Ghaffar yang airnya dijual kepada penduduk Madinah setiap hari dengan harga yang mahal.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang menggali telaga Rawmah maka baginya Syurga”,  Kata  Saidina Uthman maka “ Akulah yang akan menggalinya”. (Riwayat Bukhari)

Saidina  Uthman Bin Affan telah tampil membeli telaga tersebut dengan harga yang tinggi dan mewakafkannya atas serunan Rasulullah s.a.w.

-Menyediakan peluang pekerjaan

-Menambah pendapatan orang ramai

-Membangunkan harta dan aset umat Islam

-Mewujudkan barang dan perkhidmatan baru kepada masyarakat

-Memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan

-Menaik taraf kehidupan masyarakat

-Kurang kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai ibadah wakaf

-Pewakafan yang tidak didaftarkan secara sempurna mengikut prosedur

-Keadaan fizikal tanah yang tidak sesuai

-Pencerobohan ke atas tanah wakaf

-Dana pembangunan wakaf tidak mencukupi

-Sultan /Raja/Pemerintah menurunkan kuasa mereka kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)  di negeri masing-masing.

-Diperingkat persekutuan, JAWHAR ditubuhkan sebagai agensi  penyelaras dan YWM ditubuhkan untuk membantu dan memberi perkhidmatan kepada MAIN dalam pembangunan serta pewujudan harta wakaf melalui instrumen patuh syariah.