28-30 Julai 2023 – Alhamdulilah Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ) USIM telah berjaya melaksanakan Bengkel Pelan Strategik Pusat Wakaf dan Zakat 2023-2024 dan Pemurnian Garis Panduan Endowmen Universiti bersama-sama jemputan ahli panel yang hebat.

Antara jemputan ahli panel ini terdiri daripada Profesor Madya Dr. Abdul Manan Ismail, Profesor Madya Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria, Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Abdul Majid, Dr. Sofia Hayati Yusoff, En. Razman Ibrahim dan En. Muhd Arif Ihtifazuddin Asmin.

Terima kasih juga kepada Pn. Siti Nurbaya Ismail, Timbalan Bendahari Kanan Jabatan Bendahari yang sudi hadir meluangkan masa pada hari sabtu bagi Pemurnian Garis Panduan Endowmen.

Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas buah fikiran dan sumbangsaran idea dalam memacu Pusat Wakaf dan Zakat bagi tahun 2023-2024. Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat membantu Pusat Wakaf dan Zakat untuk terus kekal cemerlang dan dapat melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat untuk warga USIM.