Khamis, 12 Oktober 2023 – Ceramah Perdana yang bertajuk Rasulullah S.A.W Cinta Teragung telah diadakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H anjuran bersama Pusat Islam USIM. Program ini telah berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM. Majlis ini merupakan gabungan sinergi pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Koperasi Sahabat (KOOP Sahabat), Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF) serta Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Negeri Sembilan-Melaka. Majlis ini juga dianjurkan sebagai medium untuk meningkatkan kefahaman agama dan penghayatan kepada sirah Baginda Rasulullah S.A.W. Ceramah Perdana ini telah disampaikan oleh YBhg. Datoโ€™ Al-Fadhil Ustaz Datoโ€™ Kazim Elias. Turut berlangsung sesi penyerahan sumbangan zakat daripada pihak KOOP Sahabat kepada USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat sebanyak RM5,000.00 untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar asnaf USIM.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Encik Khairul Amri Bin Datoโ€™ Amihamzah, Anggota Lembaga KOOP Sahabat, merangkap Pengurus Besar Wilayah Aim Negeri Sembilan/Melaka, Encik Mohd Suhairy Bin Mat Sari, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengurusan dan Korporat, Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ USIM dan para pegawai USIM serta barisan anggota Lembaga KOOP Sahabat, Pengurusan Tertinggi KOOP Sahabat dan Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Negeri Sembilan / Melaka. Sebanyak 1,500 pek makanan percuma telah diagihkan kepada staf dan pelajar USIM yang hadir menyertai majlis.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada KOOP Sahabat atas sumbangan zakat yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban para pelajar dan memberi manfaat kepada semua pihak.