9 Februari 2024 – Alhamdulillah PWZ USIM telah berkesempatan menziarahi Encik Muin Yahaya, Penolong Pendaftar Kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang telah ditimpa musibah penyakit. Wakil PWZ USIM telah menyerahkan sumbangan kepada Encik Muin melalui Tabung USIM Prihatin.
Semoga bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga sepanjang berada di wad dan rawatan susulan nanti. Semoga Allah menyembuhkan secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.