Semenyih, 9 Februari 2024 – Wakil PWZ USIM telah berkesempatan menziarahi seorang staf USIM, Cik Nor Alina Yusop yang menghidapi penyakit kanser bagi menyampaikan bantuan. Bantuan wang tunai melalui Tabung USIM Prihatin telah disampaikan oleh Penolong Pendaftar PWZ, Cik Hakimah Hamir.

Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dari-Mu. Sembuh yang sempurna yaitu tidak terkena sakit lagi.