📍 Nilai Springs Resort Hotel, Negeri Sembilan
📅 19 & 20 Ogos 2026

Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menjadi salah satu penaja bagi Muzakarah Zakat Kebangsaan 2026 (MZK) Kali Ke-12 yang berlangsung pada 19 dan 20 Ogos 2026.

Muzakarah ini menjadi wadah menghimpunkan para ilmuwan, pengamal serta pemegang taruh dalam ekosistem zakat untuk membincangkan isu dan cabaran semasa, di samping meneroka pendekatan strategik ke arah memperkasa pengurusan zakat yang lebih berkesan, mampan dan relevan.

Semoga sokongan dan penglibatan PWZ USIM dalam MZK 2026 terus memperkukuh jaringan kerjasama serta perkongsian ilmu dalam usaha memperkasa ekosistem zakat demi manfaat dan kesejahteraan ummah.