4 Februari 2026 (Selasa) – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) meneruskan siri Jerayawara 2025 bersama Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang telah diadakan secara dalam talian dari Bilik Mesyuarat PWZ.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara PWZ dan FEM melalui sesi perkongsian dua hala, pertukaran pandangan serta perbincangan penambahbaikan ke arah pengukuhan agenda kebajikan dan kesejahteraan universiti.

PWZ merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan FEM serta seluruh warga fakulti atas kesudian dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan sesi ini.

Semoga inisiatif jerayawara ini terus memperkukuh sinergi dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga USIM.