27 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘢𝘒𝘳π˜ͺ 2026 – Program Kembara Ramadan YB Menteri Pendidikan Tinggi & Iftar Perdana telah berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM.

YB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir telah merasmikan inisiatif Dapur Siswa MADANI. Dalam program ini, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM turut menyumbang Bakul Rahmah kepada pelajar dan staf yang memerlukan.

PWZ USIM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang telah menyumbang dan menyokong program ini, antaranya Bank Rakyat, AmMetLife Takaful, Yayasan Perkasa Siswa dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Semoga setiap sumbangan membawa keberkatan dan manfaat buat warga USIM.