Alhamdulillah, sempena Syawal yang mulia ini, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang zakat, wakaf, infaq dan endowmen yang terus menyokong usaha kebajikan warga USIM.

Sumbangan anda bukan sekadar memberi, tetapi menjadi asbab kepada lebih ramai penerima merasai manfaat dan keberkatan rezeki.

Sebagai tanda penghargaan, PWZ USIM menyediakan sampul raya edisi khas buat para penyumbang yang sentiasa bersama dalam menyemai kebaikan.

✨ Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada usaha kebaikan ini.