ππ πππ ππππ β Dengan penuh kesyukuran, warga Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bas Wakaf USIM yang berlangsung di Pentas Ruknu Arabiy, Perpustakaan USIM sebagai inisiatif memperkasa kemudahan mobiliti dan kebajikan warga universiti.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datoβ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, serta dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi university.
Turut hadir rakan strategik dan badan korporat iaitu Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ketua Pengurusan Syariah PNB merangkap Ahli Lembaga Pengarah ASNB Wakalah Sdn. Bhd., serta Tuan Haji Norasman Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan merangkap Ahli Jawatankuasa Pengurusan Dana Wakaf Al-Abrar USIM, bersama ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti USIM.
Projek Bas Wakaf ini direalisasikan hasil sumbangan pelbagai pihak iaitu Lembaga Tabung Haji sebanyak RM400,000, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM150,000, serta PWZ USIM melalui Dana Wakaf Al-Abrar sebanyak RM300,000.
Inisiatif ini mencerminkan kekuatan jalinan kerjasama strategik antara institusi dan rakan korporat dalam menyokong agenda kebajikan serta kemudahan kepada mahasiswa dan warga kampus. Semoga usaha ini menjadi manfaat berterusan serta menyumbang kepada kesejahteraan dan kemudahan warga USIM.
β¨ Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan inisiatif ini.