4 & 5 April 2026 – Sempena Majlis Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM turut mengambil peluang memeriahkan majlis dengan membuka booth di sekitar masjid bersama rakan-rakan badan korporat yang lain.

Pembukaan booth ini bertujuan untuk mendekati masyarakat serta menyampaikan maklumat berkaitan wakaf, zakat dan infaq, di samping menyokong usaha memperkasa persiapan bakal jemaah haji.

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen PWZ USIM dalam menyokong program komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi dan rakan strategik.

✨ Semoga usaha ini memberi manfaat dan menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam majlis yang penuh bermakna ini.