Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelajar USIM yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bagi membantu meringankan beban yang ditanggung susulan kejadian tersebut.
Bantuan ini disalurkan bagi membantu keperluan pelajar, khususnya dalam menampung kos rawatan dan perbelanjaan berkaitan selepas kemalangan.
Semoga bantuan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta membantu pelajar meneruskan urusan harian dan pengajian seperti biasa.
