26 September 2019 – Pusat Wakaf dan Zakat USIM dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menganjurkan satu program Bicara  Maqasid “Islamisasi PNB dan Kesannya Keatas Pembangunan Ekonomi Islam” yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama FPQS. Program ini dihadiri hampir 300 orang pelajar dan kakitangan USIM.

Antara Catatan Wacana Maqasid:

1. Demografi pelaburan PNB: 95% domestic investment, 5% international. Jika pelaburan international, hanya saham patuh syariah.

2. Bil saham patuh syariah 697/920 bersamaan 76% saham patuh syariah. Kenapa tidak semua patuh syariah? Kerana saiz pasaran domestik terlalu kecil, jadi baki pelaburan PNB perlu diletakkan di company luar negara/ domestik walaupun tidak patuh syariah. Meskipun status syarikat tidak patuh syariah, tapi PNB hanya labur dalam aktiviti syarikat tersebut yang patuh syariah.

3. Sehingga Mei 2019 kesemua pelaburan patuh syariah (ekuiti, pasaran wang, hartanah dan hospitaliti dan sekuriti berpendapatan tetap) adalah tahap 72%. Peratusan patuh syariah 100% untuk pasaran wang telah dicapai pada Mei 2018 (mengikut tanda aras SC).

4. Semua produk PNB telah difatwakan harus oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Pada tahun 2017 semua produk PNB telah difatwakan harus oleh semua Majlis Fatwa Negeri2, susulan fatwa yang dikeluarkan oleh Selangor dan Pulau Pinang.

5. Sekarang ini semua pelaburan PNB tidak terlibat dgn aktiviti haram seperti rokok, perjudian dan arak.

6. PNB Maqasid Screening Process: aktiviti pelaburan dikelaskan kepada Daruriyat, Hajiyat dan Tahsiniyat.

7. PNB sedang pelopori peluang penciptaan syarikat patuh syariah di Bursa Malaysia.

8. Polisi ‘Islamic First‘ dalam pembiayaan dan pemasaran dana unit amanah ASNB

9. Menggunakan akad yang jelas (wakalah bil istismar) dalam pelaburan 14 dana unit amanah ASNB

10. Pelaburan luar negara adalah pelaburan patuh syariah spt SP Dow Jones Islamic dan lain-lain

Semoga dengan adanya program seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan strategik diantara USIM dan PNB dan dapat memberi manfaat kepada Warga USIM.