8 September, NILAI, USIM – Lawatan Penanda Aras Yayasan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke PWZ USIM

Pusat Wakaf Dan Zakat USIM (PWZ) telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Canselor UKM. Kunjungan hormat ini diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed, Pengarah YC UKM, Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir, Timbalan Pengarah YC UKM dan Encik Abu Bakar bin Yang, Pengurus Wakaf. Delegasi Yayasan Canselor UKM ini dihadiri seramai 12 orang yang turut disertai oleh keseluruhan warga YC UKM.

Kunjungan ini disambut oleh Prof. Dr. Zurina binti Shafii, Pengarah PWZ bersama Prof. Madya Dr. Nurul Aini, Timbalan Pengarah PWZ dan seluruh kakitangan PWZ turut serta bersama dalam menerima kunjungan ini.

Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Haji Alias, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).

Majlis berakhir pada 1.30 petang. Semoga perbincangan ini mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Sekalung penghargaan sekali lagi diucapkan buat delegasi daripada Yayasan Canselor UKM ini.