12 November 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menerima sumbangan daripada Tabung Haji menerusi Program Iqra’ TH 2019. Bendahari USIM, Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil mewakili USIM bagi menerima sumbangan ini.Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bertempat di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bagi Program Iqra’ TH tahun ini, TH telah bekerjasama dengan Pusat Zakat dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti untuk menyerahkan sumbangan keseluruhan sebanyak RM4,500,000.00 kepada enam (6) buah IPTA terpilih sekitar kawasan Lembah Klang termasuk USIM untuk manfaat lebih daripada 2,200 pelajar asnaf.

PWZ sebagai wakil USIM mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberi. Semoga sumbangan ini dapat membantu golongan pelajar asnaf di USIM dan mengeratkan lagi hubungan strategik USIM dan TH .