Isnin, 10 April 2023 – Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Majlis Perasmian Musaadah4Student yang merupakan anjuran kali kedua diadakan. Program ini menfokuskan pemberian pek makanan kepada pelajar-pelajar yang menetap di kolej kediaman luar dan dalam kampus. Alhamdulillah, USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah menerima tajaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad untuk Musaadah4Student berjumlah RM30,000.00 untuk disalurkan kepada penerima pelajar USIM.

Tetamu jemputan yang hadir terdiri daripada Tuan Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), En. Faiz Pengurus Rangkuman Kewangan, BIMB dan En. Ashraf, Pengurus BIMB Cawangan Nilai. Majlis dirasmikan oleh En. Md. Ishah Rahman, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, mewakili Prof. Adnan Mohammed Yusoff, Timbalan Naib Canselor HEPA USIM. Turut sama hadir adalah Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dan Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Bank Islam Malaysia Berhad atas sumbangan yang diberikan kepada pelajar USIM. Tahniah dan syabas juga kepada barisan jawatankuasa Program Musaadah4Student yang bertungkus-lumus menjayakan program ini untuk manfaat pelajar. Semoga segala amalan yang disemai di dunia ini beroleh keberkatan dan dapat dituai di akhirat kelak.