29 Januari 2021 : Penyerahan 4 Unit Komputer Riba kepada Pelajar B40 USIM

4 pelajar tahun 1, Universiti Sains Islam Malaysia teruja dan bersemangat untuk belajar apabila menjadi penerima sulung komputer riba daripada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) melalui Projek Bantuan Komputer Riba kepada Pelajar B40 USIM.

4 unit komputer riba yang disumbangkan oleh Yayasan Maghfirah ini disampaikan oleh Tn. Hj. Razman bin Ibrahim, Penolong Pendaftar PWZ kepada:

1. Saidatul Adawiyah binti Zulkifli, FPQS
2. Auni Izzati Husna binti Saadun, FEM
3. Nurul Aliana binti Mohd Hanafi, FSU
4. Muhammad Syahmi b. Mohd Kamaluddin, FPBU

PWZ menjemput individu, masyarakat serta pihak korporat untuk bekerjasama menjayakan projek bantuan komputer riba ini untuk manfaat dan kecemerlangan pelajar USIM.

Sumbangan boleh melalui:

https://jominfaq.usim.edu.my/projects/index.php?p=V244bTUremFqU1llaEVHeXhyVzlwdz09