MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KORPORAT KEPADA USIM DI MAJLIS SANTAPAN KONVOKESYEN USIM KALI KE-17

Home/Buletin/MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KORPORAT KEPADA USIM DI MAJLIS SANTAPAN KONVOKESYEN USIM KALI KE-17

26 November, Nilai โ€“ Mendekatkan lagi hubungan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pihak industri yang sentiasa bersama-sama universiti dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang, satu majlis khas iaitu Majlis Santapan Diraja USIM bersama Korporat 2019 telah dianjurkan pada petang isnin lalu.

Bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM,Nilai majlis ini diserikan dengan keberangkatan tetamu Diraja iaitu DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud merangkap Canselor USIM. Turut mengiringi adalah Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz selaku Pro-Canselor USIM.

โ€œJulung kali diadakan, tujuan penganjuran Majlis Santapan Diraja USIM bersama Industri ini adalah untuk meraikan kerjasama di antara USIM dan rakan-rakan industri kami. Usaha USIM untuk menambah jaringan industri dan mempergiatkan usahasama dengan mereka adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi yang menggalakkan peningkatan kerjasama antara Universiti Awam dan Industriโ€.

Selain untuk menghargai kerjasama yang diberikan oleh industri, penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengumpul dana sumbangan sebagai satu usaha murni untuk melestarikan dana yang dikumpul untuk program-program wakaf dan bantuan kewangan kepada siswa USIM kurang berkemampuan.

Pada majlis ini, antara rakan industri yang menerima penghargaan dari USIM adalah Lembaga Tabung Haji, Etiqa Takaful, SME Bank, Permodalan Nasional Berhad,Maybank Islamik Perumahan Kinrara Berhad, Takaful Malaysia,Petronas Bandar Baru Nilai dan Bank Islam.

2019-12-18T08:23:16+08:00