28 Ogos 2019 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mengadakan sesi temuduga bagi memilih calon Anugerah Biasiswa Barakah (ABB) yang telah dicalonkan oleh setiap Fakulti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum ini. Seramai 9 orang pelajar telah menghadiri temuduga ini di PWZ dan seramai 8 orang ditemuduga melaluiย video call.ย Temuduga ini diadakan bagi memilih calon yang terbaik bagi menerima anugerah ini.