14 MAC 2024 – Alhamdulilah Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ) USIM telah berjaya melaksanakan Perbincangan Meja Bulat Kemampanan Pendanaan USIM Melalui Endowmen Kursi dan Majlis Iftar bersama para jemputan iaitu Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah Pusat Tanggungjawab, Panel Khas PWZ dan wakil dari Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari.

Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas buah fikiran dan sumbangsaran idea dalam merangka strategi baru dan utama dalam mencapai sasaran endowmen kursi yang ditetapkan oleh Universiti seterusnya mewujudkan blueprint endowmen kursi akademik.

Semoga pelaksanaan perbincangan meja bulat ini dapat membantu PWZ merangka projek yang mampu memberi impak kepada peningkatan dana endowmen dan memastikan dana ini dapat membantu kemampanan kewangan Universiti.