π‘΅π’Šπ’π’‚π’Š, 14 π‘Ίπ’†π’‘π’•π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyalurkan Sumbangan Khas kepada Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) bagi kemasukan baharu Sesi Akademik 2026/2027. Sumbangan tersebut disampaikan dalam Sesi Temu Mesra Naib Canselor Bersama Pelajar OKU yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM.

Sumbangan ini melibatkan 10 orang pelajar baharu berkeperluan khas bagi sesi akademik 2026/2027 sebagai usaha membantu mereka membuat persediaan untuk memulakan pengajian di USIM.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai usaha tambahan universiti bagi membantu pelajar membuat persediaan memasuki alam pengajian tinggi. Ia turut menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Yayasan Perkasa Siswa dalam menyediakan Bantuan Awal Pendidikan bagi meringankan kos persediaan pelajar baharu serta memastikan kekangan kewangan tidak menjadi faktor kepada pelajar untuk menolak tawaran kemasukan ke universiti.

Melalui sumbangan ini, PWZ USIM berharap dapat membantu pelajar memulakan pengajian dengan lebih lancar, di samping memastikan aspek kebajikan dan keperluan mahasiswa terus diberi perhatian.