𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬, 𝟐𝟒 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Alhamdulilllah telah berlangsungnya Sesi Penyerahan Sumbangan Zakat daripada Syarikat Payments Network SDN. BHD. (PAYNET) sebanyak RM 30,000.00 yang disampaikan oleh YBrs. En. Firdaus Ghani, Pengarah Kanan Bahagian Pendigitalan Kerajaan PAYNET. Sesi ini dilaksanakan bersama Sesi Pembentangan Bagi Program Pendigitan Kampus Siri Dua yang diadakan di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan USIM. Pusat Wakaf dan Zakat diwakili oleh Cik Nurul Husna Annuar, Penolong Pendaftar (Pengurusan Zakat) dan turut hadir bersama adalah Pn. Zuraida Binti Zakaria, Ketua Jabatan, Jabatan Bendahari.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Syarikat Payments Network SDN. BHD. (PAYNET) atas sumbangan zakat yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat meringakan sedikit bebanan para pelajar dan memberi manfaat kepada semua pihak, baik yang menyumbang mahupun yang menerima.