𝟐𝟒 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM menerima kunjungan delegasi Wakaf Pahang bagi satu sesi perbincangan strategik berkaitan tanah pembangunan di Kampung Som, Jerantut, Pahang.
Delegasi Wakaf Pahang diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pahang, bersama YBrs. Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang.
Sesi perbincangan turut melibatkan barisan pengurusan dan pegawai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi membincangkan potensi pembangunan tanah wakaf serta strategi kerjasama antara USIM dan Wakaf Pahang.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, meneroka potensi pembangunan dan memperkukuh sinergi dalam memastikan aset wakaf dapat dimanfaatkan secara optimum serta memberi impak yang berpanjangan kepada ummah.
