16 April 2024 – PWZ telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pengurusan Syariah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) terdiri daripada Dr. Ahmad Basri b. Ibrahim, Ketua Jabatan Pengurusan Syariah, En. Zaki Fadhil b. Azizan, Pegawai Syariah, En. Wan Ahmad Izzat b. Wan Ahmad Sanadi, Pegawai Syariah dan En. Wan Ahmad Izzat b. Wan Ahmad Sanadi, Pegawai Syariah bagi membincangkan kerjasama antara USIM dan PNB melalui Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) serta lawatan ke tapak USIM Rehabilitation and Therapy Centre (URTC) yang bakal dijalankan oleh USIM Healthcare Sdn. Bhd. (UHSB).
Semoga hubungan strategik antara USIM dan PNB akan terus berkekalan dan dapat memberikan manfaat yang luas kepada semua warga USIM dan masyarakat umum.