Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) telah ditukar namanya apabila peranannya ditambah untuk mentadbir urus dana zakat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Mei 2017.

Sejajar dengan keperluan amalan berwakaf, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berpandukan visinya iaitu mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat, telah mengambil inisiatif untuk mengetengahkan instrumen wakaf dan zakat dengan menubuhkan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ).