๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) menerima lebih RM2 juta kutipan zakat korporat dan infak daripada 25 penyumbang korporat yang diraikan pada hari ini.
Ia membabitkan jumlah sebanyak RM2,649,825.70 dan telah diagihkan kepada sekurang-kurangnya 14,500 penerima manfaat dari kalangan pelajar dan kakitangan melalui ratusan program yang dianjurkan oleh pusat bertanggungjawab dan fakulti. Sumbangan zakat, wakaf dan infak yang diterima ini ternyata telah dapat meringankan beban pelajar-pelajar USIM yang 60 peratus daripadanya berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah atau B40 yang memerlukan sokongan kewangan.
PWZ juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datoโ€™ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang sudi merasmikan majlis ini. Turut dilancarkan Tabung Endowmen Ibnu Ummi Maktum USIM yang merupakan sebahagian daripada usaha USIM untuk memperluaskan manfaat endowmen kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memerlukan sokongan dalam pelbagai aspek kehidupan, khususnya dalam pendidikan dan kebajikan.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat, Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah PWZ dan ahli JKPU serta 25 badan korporat.
Sekalung penghargaan kepada tetamu yang hadir dan urus setia majlis yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan dan menjayakan majlis ini.
Semoga melalui majlis sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara PWZ USIM dan entiti yang terlibat.
Tonton video majlis ini di laman media sosial kami:
Facebook : https://bit.ly/MajlisApresiasiPWZ2024FB
Instagram : https://bit.ly/MajlisapresiasiPWZ2024IG