𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM bersama Pusat Islam USIM dengan kerjasama PETRONAS Central TA C11 telah menganjurkan Majlis Sumbangan Kasih Ramadan bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM.

Majlis ini diadakan sebagai usaha menyantuni serta membantu pelajar yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Melalui program ini, sumbangan telah disampaikan kepada pelajar asnaf bagi membantu meringankan beban mereka di samping menyemarakkan semangat berkongsi dalam kalangan warga universiti dan rakan strategik industri.

Penganjuran majlis ini juga mencerminkan komitmen kerjasama antara pihak universiti dan industri dalam memperkasa kebajikan mahasiswa.