3 Mac 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) meneruskan siri Jerayawara 2025 dengan sesi libat urus bersama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 4, FPQS sebagai kesinambungan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik di peringkat universiti.

Delegasi PWZ diketuai oleh YBrs. Pengarah PWZ bersama YBrs. Timbalan Pengarah serta Pn. Nurul Husna binti Annuar, Penolong Pendaftar PWZ USIM.

Sesi ini menjadi platform perkongsian dua hala yang konstruktif melibatkan penerangan berkaitan peranan dan inisiatif semasa PWZ, di samping perbincangan strategik ke arah memperkasa agenda kebajikan, zakat dan wakaf demi kesejahteraan warga universiti.

PWZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan FPQS atas komitmen dan kesudian menerima kunjungan ini. Semoga jerayawara yang dilaksanakan terus memperkukuh sinergi dan memberi impak positif yang berpanjangan kepada seluruh warga USIM.