Pusat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (PWZ USIM) ingin mengajak orang ramai untuk menyertai kempen sumbangan makanan kering di Food Bank PWZ. Kempen ini bertujuan untuk membantu pelajar USIM yang memerlukan, terutama kepada pelajar yang kurang berkemampuan, dengan menyediakan makanan asas yang mencukupi.

Mari bersama-sama kita menjayakan kempen ini dan membantu pelajar yang memerlukan. Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, amatlah bermakna kepada mereka.